Dua kenderaan, dinding hotel terbakar

Mutakhir

 

 

am@hmetro.com.my

 

Kota Belud: Dua kenderaan dan dinding hotel terbakar di Jalan Kota Belud-Ranau By Pass, dekat sini, 4.30 pagi tadi.

Komander operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud Sablee Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 4.31 pagi sebelum sepasukan anggota dari BBP Kota Belud tiba di lokasi tiga minit kemudian.

“Kejadian itu membabitkan dua kenderaan iaitu Isuzu D Max terbakar 80 peratus dan Proton Iswara musnah 60 peratus.

“Kabakaran turut membabitkan bahagian dinding hotel berkenaan yang terbakar lima peratus akibat daripada bahang api berkenaan,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, kebakaran berjaya dikawal daripada merebak jam 5.01 pagi dan tiada mangsa yang cedera dalam kejadian itu.

“Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Difahamkan, ketika kejadian pemilik kenderaan terbabit tidur di hotel itu.

 

Image: 
Junaidi Ladjana

Kota Belud: Dua kenderaan dan dinding hotel terbakar di Jalan Kota Belud-Ranau By Pass, dekat sini, 4.30 pagi tadi.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: