`Ya Allah, peliharalah dia'

Utama

azim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Allahyarham Datuk Dr Haron Din selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars Farm Livermore California, Amerika Syarikat, pagi ini.

Kenderaan yang membawa jenazah Mursyidul Am PAS itu tiba pada 4.20 petang (7.20 pagi waktu Malaysia) selepas disolatkan di Masjid AnNur, Pusat Komuniti Muslim di Santa Clara, San Francisco.

Beribu umat Islam hadir memberikan penghormatan seterusnya menunaikan solat jenazah yang diimamkan oleh anak Allahyarham iaitu Hamdi Haron.

Menurut status yang dimuat naik di akaun rasmi Facebook Tuan Guru Datuk Dr Haron Din oleh anak perempuan Allahyarham iaitu Dr Huda Haron, solat jenazah terpaksa diadakan tiga kali berikutan terlalu ramai jemaah yang hadir selepas selesai solat Jumaat.

“Ramai jemaah masya-Allah. Jemaah solat Jumaat 3 lapis (kami sessi kedua)

Alhamdulillah.

“Berebut-rebut jemaah datang memeluk dan menyantuni takziah pada kami walaupun tidak pernah bersua, tidak pernah bersapa, tak kenal siapa, cuma ukhuwah fillah,” katanya.

Sementara itu, solat jenazah ghaib akan diadakan di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah yang akan diimamkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, 9 pagi ini.

Pemimpin tertinggi PAS itu meninggal dunia di Hospital Stanford San Francisco, Californiajam 10.05 pagi (waktu Malaysia) semalam.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 76 tahun.

Turut berada di sisi Allahyarham ialah semua ahli keluarga terdekat.

Image: 
Hairulazim Mahmud

Kuala Lumpur: Allahyarham Datuk Dr Haron Din selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars Farm Livermore California, Amerika Syarikat, pagi ini.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: