'Jagalah dia' [METROTV]

Utama

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: “Doa itu adalah doa biasa yang kami (petugas Darussyifa’) baca untuk memohon pelindungan Allah SWT, tetapi saya tambah doa munajat,” kata Ahli Jawatankuasa Darussyifa’ Ikmal Zaidi Hashim yang membaca doa sebelum Allahyarham Datuk Dr Haron Din berangkat ke Amerika Syarikat (AS), 10 September lalu.

Video itu viral hari ini dan mengundang pilu dalam kalangan netizen.

Menurut Ikmal, doa dibacanya juga bertujuan memohon kesihatan dan dipermudahkan oleh Allah urusan perjalanan Allahyarham di sana.

“Doa itu juga membawa maksud serahkannya kepada Allah dan peliharalah dia (Allahyarham),” katanya ketika dihubungi, petang tadi.

Sementara itu, ketika ditanya apa pesanan yang sering diungkapkan Allahyarham, Iqmal berkata, Allahyarham mahu perjuangan Darussyifa’ dan perubatan Islam diteruskan.

Pemimpin tertinggi PAS itu meninggal dunia di Hospital Stanford San Francisco, California jam 10.10 pagi tadi (waktu Malaysia).

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 76 tahun.

Image: 
Nabihah Kamal

Kuala Lumpur: “Doa itu adalah doa biasa yang kami (petugas Darussyifa’) baca untuk memohon pelindungan Allah SWT, tetapi saya tambah doa munajat,” kata Ahli Jawatankuasa Darussyifa’ Ikmal Zaidi Hashim yang membaca doa sebelum Allahyarham Datuk Dr Haron Din berangkat ke Amerika Syarikat (AS), 10 September lalu.

Doa terakhir bersama Allahyarham

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: