Haron Din kritikal di California

Utama

azim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din dilaporkan dalam keadaan kritikal selepas menghadapi masalah jantung dan difahamkan, beliau kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Stanford San Francisco, California.

Menurut status laman sosial Facebook pendakwah terkenal Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani, pihak hospital berkenaan pada jam 5 pagi ini (waktu California) meminta keluarga segera hadir ke ICU terbabit.

“Tuan Guru Datuk Haron Din mempunyai komplikasi jantung dan dimasukkan ke ICU.

“Dua anak Tuan Guru bersama doktor sekarang, keluarga yang lain menunggu di luar dan masih belum dapat berita penuh dari dalam.

“Mohon doa kalian,” katanya hari ini.

Mac lalu, Haron menjalani rawatan jantung di Institut Jantung Negara (IJN). Sebelum ini, beliau pernah menjalani pembedahan pintasan jantung di Hospital Stanford, San Francisco, Amerika Syarikat pada 2 April 2012.

Image: 
Hairulazim Mahmud

Kuala Lumpur: Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din dilaporkan dalam keadaan kritikal selepas menghadapi masalah jantung dan difahamkan, beliau kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Stanford San Francisco, California.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: