Radiah pula sumbang gangsa

Utama

azlanmz@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Atlet lompat jauh paralimpik negara, Siti Noor Radiah Ismail menceriakan kontinjen negara di Rio apabila meraih gangsa malam tadi tadi.

Radiah melakukan lompatan sejauh 5.20 meter untuk menambah pungutan pingat kontinjen negara yang sudah meraih tiga emas setakat ini.

Malah catatan berkenaan memperbaharui rekod Para Asia dalam kategori lompat jauh T20 (masalah pembelajaran) itu.

Seorang lagi peserta negara, Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin menduduki tempat keempat dengan catatan 4.91m.

Acara berkenaan dimenangi atlet Croatia, Mikela Ristoski dengan jarak 5.79m manakala perak diraih atlet Poland, Karolina Kucharczyk yang melakukan 5.55m.

gangsa lompat jauh
Image: 
Azlan Muhammad Zain

Kuala Lumpur: Atlet lompat jauh paralimpik negara, Siti Noor Radiah Ismail menceriakan kontinjen negara di Rio apabila meraih gangsa malam tadi tadi.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: