Empat sekeluarga satu liang lahad

Utama

am@hmetro.com.my

Kepala Batas: Jenazah empat beranak yang terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 209 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, berhampiran susur keluar Changkat Jering, semalam, dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Lahar Tabut, Penaga, selepas solat Zohor hari ini,

Sebelum itu, jenazah Othman Hamid, 68, isterinya Aishah Arof, 62, anak Azida, 43, serta cucu Muhammad Aiman Hakim Suhaimi, 19, dimandikan di Hospital Taiping sebelum dibawa pulang ke rumah saudara mereka di Kuala Bekah, Penaga.

Jenazah mereka kemudian disembahyangkan di Masjid Jamek Nurussaadah Lahar Tabut, Penaga sebelum dikebumikan.

Urusan pengebumian jenazah turut dibantu anggota Tentera Laut Diraja Malaysia, Lumut, Perak.

Image: 
Zulfa Mohamad

Kepala Batas: Jenazah empat beranak yang terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 209 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, berhampiran susur keluar Changkat Jering, semalam, dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Lahar Tabut, Penaga, selepas solat Zohor hari ini,

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: