'Look at the (hole of that)!'

Utama

Kuala Lumpur: Helikopter yang mengorbankan Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis bersama lima yang lain terhempas akibat bahagian penstabil mendatar (horizontal stabiliser) kiri terpisah ketika penerbangan lalu menyebabkan pesawat itu menjunam ke kiri melebihi had pengendaliannya.

Laporan Biro Siasatan Nahas Udara Kementerian Pengangkutan mendapati bahagian itu rosak selepas terkena tanah apabila pendaratan di padang tanah longgar menyebabkan gear pendaratan (landing gear) helikopter itu tenggelam kira-kira 50 sentimeter dan condong 13 darjah ke kiri.

Menurut laporan itu, faktor lain yang menyumbang kepada punca nahas termasuk kelajuan tinggi dengan gear pendaratan diturunkan yang boleh membebankan lagi kerosakan pada penstabil mendatar dan kegagalan juruterbang menjalankan penilaian terperinci penstabil pendatar itu.

Dalam kejadian 3 April tahun lalu, helikopter AS365N2 dinaiki Jamaludin bersama Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias; pengawal peribadi Razkan Seran; ahli perniagaan, Datuk Tan Huat Seang; juruterbang, Kapten Clifford William Fournier dan rakannya, Aidiana Baiziera terhempas di Semenyih, menyebabkan semua mangsa maut di tempat kejadian.

Sebelum kejadian itu, helikopter itu dikatakan mungkin ‘membuat pendaratan tidak sempurna’ di padang Sekolah Kebangsaan Ladang Kota Bahagia, tujuh minit selepas berlepas dari di Muadzam Shah, Pahang sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur.

TRANSKRIP perbualan. SUMBER: Laporan Biro Siasatan Nahas Udara

Image: 
Image: 
HM Digital

Kuala Lumpur: Helikopter yang mengorbankan Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis bersama lima yang lain terhempas akibat bahagian penstabil mendatar (horizontal stabiliser) kiri terpisah ketika penerbangan lalu menyebabkan pesawat itu menjunam ke kiri melebihi had pengendaliannya.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: