Yatim piatu sekelip mata

Utama

rabiatul@hmetro.com.my

Sri Aman: Suami isteri maut, anak lelaki mereka cedera apabila Perodua Kancil dinaiki bertembung dengan sebuah Proton Saga dalam kemalangan di Bukit Begunan, Kilometer 46, Jalan Sri Aman- Kuching di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, pemandu Perodua Kancil, Jembu Britain Ungat, 52, isterinya Uja Nyaoh, 49, maut di lokasi kejadian, manakala Thellphiner Dueh Jembu, 16, parah.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri Deputi Superintendan Alexson Naga berkata, empat sekeluarga yang menaiki Proton Saga cedera.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada Proton Saga yang datang dari arah Sri Aman hilang kawalan ketika menuruni bukit dan masuk ke laluan bertentangan.

“Proton Saga yang dinaiki empat sekeluarga itu melanggar Perodua Kancil yang datang dari arah bertentangan.

“Akibat kemalangan itu, pemandu dan penumpang Perodua Kancil tersepit dalam kereta, disahkan meninggal dunia,” katanya.

Katanya, lima mangsa kemalangan yang cedera dihantar ke Hospital Sri Aman untuk rawatan lanjut.

“Ketika kejadian, cuaca hujan dengan keadaan jalan licin. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Image: 
Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail

Sri Aman: Suami isteri maut, anak lelaki mereka cedera apabila Perodua Kancil dinaiki bertembung dengan sebuah Proton Saga dalam kemalangan di Bukit Begunan, Kilometer 46, Jalan Sri Aman- Kuching di sini, hari ini.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: