apendy@hmetro.com.my
Ipoh: Tiga maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Puncak Jelapang Maju, Jalan Ipoh-Lumut, di sini, kira-kira 8 malam tadi.
Kemalangan membabitkan Toyota Corolla, Perodua Viva, Toyota Vios dan lori satu tan.
Kemalangan itu menyebabkan dua lelaki terbunuh di lokasi kejadian manakala seorang lagi maut ketika mendapatkan rawatan.
Kemalangan turut menyebabkan seorang lelaki cedera manakala dua lagi terselamat.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, berkata pihaknya mendapat maklumat mengenai kemalangan itu, pada 8.08 malam.
“Dua lelaki India yang menaiki Toyota Corolla maut di lokasi kejadian akibat tersepit manakala penumpang belakang kenderaan itu cedera. Seorang lelaki Melayu yang menaiki Viva parah dan hantar ke hospital untuk rawatan yang kemudian disahkan meninggal dunia.
“Berdasarkan maklumat diperoleh, Toyota Corolla yang datang dari arah Ipoh menuju Lumut dipercayai hilang kawalan dan memasuki lorong bertentangan sebelum berlanggar dengan Viva,” katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, susulan itu pemandu Vios yang gagal mengelak turut merempuh belakang Viva manakala lori satu tan pula terbabas ke bahu jalan akibat mengelak.
“Bomba kemudian mengeluarkan mangsa yang maut dan tersepit untuk diserahkan kepada polis, manakala yang cedera diserah keoada pasukan paramedik.
“Anggota turut membuat pembersihan jalan bagi membuang sisa kenderaan bertaburan atas jalan raya,” katanya.
Menurutnya, operasi yang diketuai Mohd Fauzi Abd Aziz, tamat pada 11.03 malam.

Ipoh: Tiga maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Puncak Jelapang Maju, Jalan Ipoh-Lumut, di sini, kira-kira 8 malam tadi.





Widget not in any sidebars