Didakwa pecah amanah RM15 juta [METROTV]

Utama

sarah@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Abdul Aziz Zainal dan pengarah urusan bank itu, Datuk Mustafha Abd Razak masing-masing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan bersubahat dan melakukan pecah amanah hampir RM15 juta, Mac lalu.

Abdul Aziz, 65, dan Mustafha, 48, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Madihah Harullah.

Mengikut pertuduhan dihadapi Mustafha, beliau sebagai Pengarah Urusan Bank Rakyat melakukan pecah amanah membabitkan peruntukan kumpulan perbelanjaan pemasaran berjumlah RM14, 991,283.20 di Menara Kembar Bank Rakyat, Jalan Travers, 11 Mac lalu.

Dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan dengan sebat dan boleh didenda, jika disabit kesalahan.

Sementara itu, Abdul Aziz didakwa bersubahat melakukan pecah amanah membabitkan jumlah sama pada masa, tarikh dan tempat sama dan dakwaan kes dilakukan mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan (Akta 574) dibaca bersama 409 akta sama.

Mahkamah sebelum ini mengeluarkan perintah reman ke atas Abdul Aziz bagi tempoh tujuh hari bermula 30 Ogos lalu dan ditahan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika tampil memberi keterangan, pada jam 1.15 tengah hari, 29 Ogos lalu.

Susulan penahanan Abdul Aziz, akaun peribadinya dan keluarganya yang berjumlah hampir RM1 juta dibekukan.

SPRM
tan sri abdul aziz
pecah amanah
bank rakyat
Image: 
Sarah Zulkifli

Kuala Lumpur: Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Abdul Aziz Zainal dan pengarah urusan bank itu, Datuk Mustafha Abd Razak masing-masing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan bersubahat dan melakukan pecah amanah hampir RM15 juta, Mac lalu.

Pengerusi Bank Rakyat didakwa pecah amanah RM15 juta

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: