Cedera dihentak penyamun

Mutakhir

 

fahd@hmetro.com.my

 

Johor Bahru: Pengurus syarikat berusia 54 tahun cedera di belakang kepala selain jari kanan selepas dihentak dengan spanar pembuka tayar kenderaan dalam kejadian samun di bank di Taman Perling di sini, 7.10 pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, mangsa diserang ketika mengeluarkan wang di mesin pengeluaran automatik (ATM) selain kad ATM dan wangnya lebih RM1,000 dirampas penjenayah sebelum melarikan diri.

“Pengadu meminta bantuan orang ramai untuk mengejar suspek dan sepasukan anggota polis Balai Polis Perling yang sedang menjalankan operasi pencegahan jenayah ragut di luar bank terbabit melihat insiden berkenaan.

“Suspek melarikan diri dan anggota polis bertindak mengejar serta berjaya menangkap suspek selepas bergelut. Turut dirampas sebatang besi yang dijadikan senjata oleh suspek dalam kejadian samun terbabit,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, mangsa kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini dan suspek yang berusia 30 tahun kini ditahan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

 

-habis-

Image: 
Mohamad Fahd Rahmat

Johor Bahru: Pengurus syarikat berusia 54 tahun cedera di belakang kepala selain jari kanan selepas dihentak dengan spanar pembuka tayar kenderaan dalam kejadian samun di bank di Taman Perling di sini, 7.10 pagi hari ini.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: