Zali tersalah langkah

Mutakhir

am@hmetro.com.my

Melaka: Polis Melaka tahan tujuh ahli sindiket curi kenderaan ‘geng Zali’ termasuk wanita dan rampas 11 kenderaan curi dalam serbuan berasingan sekitar negeri ini, bermula 23 Ogos lalu hingga awal pagi tadi.

Ketua Polis negeri, Datuk Ramli Din, berkata rampasan membabitkan tujuh Mitsubishi Pajero, Proton Satria, Proton Wira dan Proton Waja.

Beliau berkata, kenderaan dirampas bernilai RM300,000 dan dengan kejayaan itu pihaknya yakin dapat selesaikan 39 kes curi kenderaan.

“Tangkapan pertama dilakukan pada 23 Ogos lalu. Ia membabitkan dua lelaki dan seorang wanita. Ketua kumpulan dikenali sebagai Zali ditahan ketika melalui sekatan jalan raya selepas Mitsubishi Pajero dipandu dilaporkan sebagai kenderaan curi.

“Lelaki dan wanita terbabit ditahan ketika melalui sekatan jalan raya sama selepas semakan dilakukan mendapati Proton Waja dinaiki mereka dilaporkan hilang di Brickfields, Kuala Lumpur, tahun lalu,” katanya.

Ramli berkata, kumpulan itu aktif sejak Disember lalu dan menjadikan bengkel haram di Alor Gajah sebagai pusat meleraikan kenderaan dicuri.

Image: 
Zairee Mohd Yasak

Melaka: Polis Melaka tahan tujuh ahli sindiket curi kenderaan ‘geng Zali’ termasuk wanita dan rampas 11 kenderaan curi dalam serbuan berasingan sekitar negeri ini, bermula 23 Ogos lalu hingga awal pagi tadi.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: