Ditembak, ditinggal dalam bot

Utama

am@hmetro.com.my

Tumpat: Lelaki maut dipercayai ditembak di kepala di Thailand sebelum ditinggalkan di dalam bot di Pengkalan Pisau Raut, malam tadi.

Dalam kejadian 11 malam itu, mayat mangsa berusia 27 tahun itu ditemui oleh adiknya selepas dihubungi individu tidak dikenali memaklumkan abangnya ditinggalkan di dalam bot.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan daripada Hospital Tumpat.

“Mayat mangsa dibawa sendiri ke bilik mayat oleh adiknya.

“Polis masih menunggu laporan bedah siasat dan siasatan masih dijalankan dengan kerjasama pihak berkuasa Thailand,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada Nur Irisha Miasara, 5, kanak-kanak sakit kronik di Kampung Berangan Hujung, di sini, hari ini.

Image: 
Mohamad Zulhairie Manzaidi

Tumpat: Lelaki maut dipercayai ditembak di kepala di Thailand sebelum ditinggalkan di dalam bot di Pengkalan Pisau Raut, malam tadi.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: