Lupus barang tiruan RM760,000

Mutakhir

 

 

nurul.hidayah@hmetro.com.my

 

 

Kuala Lumpur: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melupuskan pelbagai jenis barangan tiruan bernilai RM760,000 membabitkan 84 kes rampasan pada 2014 dan 2015.

 

Pengarah KPDNKK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Ummi Nasrah Othman berkata, semua barangan yang dilupuskan adalah kes rampasan barangan pelanggaran harta intelek mengikut Akta Perihal Dagangan 2011, Akta Hakcipta 1987 dan Akta Perlindungan Pengguna 1999.

 

“Barang kes yang dilupuskan ini adalah hasil rampasan bagi tahun 2014 dan 2015.

 

“Semua kes terbabit sudah mendapat arahan mahkamah untuk dilupuskan,” katanya pada sidang media Majlis Perlupusan Barang Kes di Kompleks Penyimpanan Bahagian Penguatkuasa KPDNKK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini hari ini.

 

Antara barangan tiruan yang dilupuskan adalah cakera optik, komputer, pakaian, barangan kulit, kasut, jam tangan dan minyak wangi.

 

 

 

 

#loc 3.1390030000000002, 101.68685499999999

KPDNKK perlupusan barangan kes rampasan
Image: 
Nurul Hidayah Bahaudin

Kuala Lumpur: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melupuskan pelbagai jenis barangan tiruan bernilai RM760,000 membabitkan 84 kes rampasan pada 2014 dan 2015.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: