`Jangan terus percaya'

Mutakhir

am@hmetro.com.my

Melaka: Orang ramai dinasihatkan tidak mempercayai wujudnya kes virus Zika pertama di negeri ini seperti yang disebarkan di Facebook (FB), sejak petang semalam.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, berkata orang ramai sepatutnya mendapatkan pengesahan pihak bertanggungjawab terlebih dahulu sebelum percaya seterusnya menyebarkan maklumat itu.

Sehingga ini, katanya, kerajaan negeri masih belum menerima sebarang laporan yang menyatakan penularan virus terbabit di Melaka.

“Jangan terus percaya kerana perkara itu belum sahih, mereka perlu mendapatkan pengesahan daripada pihak terbabit sebelum menyebarkannya.

“Saya masih belum menerima laporan daripada Jabatan Kesihatan negeri berkaitan viral di FB mengenai tiga sekeluarga dari Durian Tunggal disyaki dijangkiti virus itu,” katanya ketika ditemui selepas Perasmian Festival Antarabangsa Sungai Melaka di sini, malam tadi.

Hadir sama, Exco Kesihatan, Pembangunan Sukan dan Antidadah negeri, Datuk Ab Rahaman Ab Karim.

Sementara itu, Ab Rahaman berkata, kerajaan negeri melalui Jabatan kesihatan mengetatkan kawalan saringan kesihatan di semua pintu masuk utama negeri ini bagi mengekang penularan virus itu.

Beliau berkata, jika perlu kerajaan negeri akan akan memohon kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menambah jumlah pegawai kesihatan yang bertugas di pintu masuk terbabit.

“Di setiap pintu masuk negeri mempunyai alat pengimbas suhu yang boleh mengesan suhu badan pelancong yang masuk dari luar negara.

“Oleh itu, kita memang ada pasukan yang diletakkan di semua pintu masuk ini bagi mengawal penularan virus Zika di negeri ini,” katanya.

Image: 
Nor Shafinaz Sari

Melaka: Orang ramai dinasihatkan tidak mempercayai wujudnya kes virus Zika pertama di negeri ini seperti yang disebarkan di Facebook (FB), sejak petang semalam.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: