TP-LINK Melancarkan Neffos X1 & X1 Max Dengan 4GB RAM Dan Pengimbas Cap Jari

TP-LINK sebelum ini telah memperkenalkan Neffos C5 iaitu siri produk telefon bimbit yang disasarkan untuk pasaran mampu milik. Hari ini, TP-LINK telah mengambil pentas di Berlin dengan perkenalan siri Neffos X1 yang membawakan spesifikasi yang lebih berkuasa.

Siri Neffos X1 dilihat hadir dengan rekaan yang menawan melalui kehadiran kaca 2.5D pada bahagian skrin bersama bezel sisi hanya 0.6mm. Ia juga menawarkan rekabentuk nipis yang mana hadir dengan kenipisan 7.75mm untuk model X1 dan 7.95mm untuk model X1 Max.

Dari segi spesifikasi, ia hadir dengan skrin 5-inci pada resolusi 720p, cip pemprosesan MediaTek Helio P10, memori 4GB RAM, dan storan dalaman 64GB bersama sokongan microSD. Untuk keupayaan kamera, ia menawarkan sensor 13MP f/2.0 Sony IMX258 bersama keupayaan kamera hadapan 5MP.

Neffos X1 turut didatangkan dengan pengimbas cap jari yang mana mampu menyahkunci peranti dalam masa hanya 0.2 saat. Ia juga dijana dengan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow bersama bateri dalaman sebesar 2250 mAh.

P9 Plus Leica - IMG_1117

Bagi model X1 Max pula, ia menawarkan spesifikasi serupa seperti X1 melainkan hadir dengan skrin yang sedikit besar iaitu 5.5-inci pada resolusi 1080p. Ia juga dilihat membawakan kapasiti bateri yang lebih besar iaitu 3000 mAh bersama fungsi pengecasan pantas (50% dalam masa 30 minit).

P9 Plus Leica - IMG_1148

Siri Neffos X1 ini bakal ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Cloudy Grey dan Sunrise Gold yang mana boleh didapati pada suku keempat tahun ini. Ia bakal dijual bermula €199 (~RM912) untuk model X1 manakala €249 (~RM1140) untuk model X1 Max.

| Artikel penuh | Tech lain


Widget not in any sidebars

Nota: