Lenovo mengambil tempat di IFA 2016 hari ini dengan memperkenalkan ahli ke-3 Moto Z yang hadir dengan spesifikasi pertengahan atas. Rekaannya juga menyamai dengan siri Z yang lain yang juga hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 5.5 inci dengan resolusi HD1080P.
Model tersebut yang dikenali sebagai Motorola Moto Z Play juga menyokong aksesori MotoMods seperri siri Moto Z yang lain. Bagi yang belum mengatahui, MotoMods merupakan aksesori modular yang dipasang pada bahagian belakang smartphone. Antara aksesori yang hadir seperti speaker tambahan, projektor dan juga bateri tambahan.
Di bahagian dalamnya, Moto Z Play hadir dengan pemproses Snapdragon 625 dengan kebolehan Octo-Core 2 Ghz Cortex A53 CPU. Ia juga hadir dengan 3 GB RAM dan memori dalaman 32 GB. Selain itu, Moto Z Play turut dimuatkan dengsn bateri 3510 mAh yang cukup untuk bertahan sehingga 50 jam lamanya. Spesifikasi lanjut dan ciri-ciri Motorola Moto Z Play seperti dibawah:
- Paparan Super AMOLED sebesar 5.5 inci dengan resolusi 1080 x 1920 pixels.
- Pemproses Qualcomm MSM8953 Snapdragon 625 Octa-Core 2.0 GHz Cortex-A53.
- Memori Dalaman 32GB, 3 GB RAM serta sokongan microSD sehingga 256 GB
- Kamera Utama 16 MP, F2.0, HDR, Perakam 4K, PDAF, Laser Autofokus.
- Kamera Selfie 5 MP, F2.2, Selfie Flash
- Sambunga 4G LTE dan sokongan Dual-SIM
- Pengimbas Cap Jari, USB Type-C, NFC
- Bateri Li-Ion 3510 mAh
- Platform Android 6.0.1 (Marshmallow)
- Warna Hitam Dan Putih
- Harga Di Malaysia Dijangka Sekitar RM2200.
Peranti yang dijalankan dengan sistem Android 6.0.1 MarshMallows ini akan mula di pasaran Antarabangsa bermula bulan ini dengan harga jualan dekitar €499. Di Malaysia, masih belum diketahui peranti ini akan berada di pasaran tempatan. Harga Motorola Moto Z Play di Malaysia dijangka sekitar RM2200 sekiranya model ini berada di pasaran ttempatan kelak.
The post Motorola Moto Z Play Diumumkan, Smartphone Dengan Aksesori Modular appeared first on Mesra Mobile.
Widget not in any sidebars