Atuk 'power'!

Utama

am@hmetro.com.my

Segamat: Seorang bekas anggota tentera dari Unit Komando Pasukan Khas Udara (PASKAU) melakar sejarah untuk dirinya apabila melakukan terjunan bebas menggunakan payung terjun serta merakam rekod peribadi terjunan ke 7,000 sempena Sambutan Hari Merdeka Peringat Daerah Segamat di sini, pagi ini.

Misi terjunan terbabit disempurnakan Staf Sarjan Karim Salleh, 66, bersama dua lagi rakannya, Jhosua Sri, 45, dan Idris Yusof, 45, dengan melakukan terjunan pada ketinggian kira-kira 3,000 kaki dari udara.

Jurulatih Terjunan Kelab Sky Dive berpengkalan di Kuala Lumpur itu dibantu juruterbang pesawat Cessna 172 dikendalikan Kapten Aziz Ahmad sekaligus membolehkan misi itu dapat dicapai jam 9 pagi.

Karim yang ditemui mengakui terharu di sebalik sumbangan kecil sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-59 turut merekodkan terjunan bebas peribadi ke-7,000 kali di sini, berkongsi kegembiraan ketika sambutan hari bersejarah negara.

Datuk kepada empat cucu itu bersyukur kerana berjaya membuktikan keupayaannya merealisasikan terjunan itu bersama dua lagi rakannya sebelum menyempurnakan amanah menyerahkan gunting memotong riben melepaskan ribuan belon ke udara oleh tetamu kenamaan di Dataran Segamat pagi ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor, Datuk Zulkurnain Kamisan; Pegawai Daerah Segamat, Mohd Haffiz Ahmad; Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buloh Kasap, Nurshida Ibrahim.

Katanya, premis bangunan yang rapat, jalan raya, pokok besar, kenderaan selain ribuan hadirin yang menanti di bawah untuk mendarat di lokasi sasaran yang tepat di tetapkan di Dataran Segamat menjadi cabaran kepada penerjun sepertinya.

“Itu antara cabaran sebaik keluar dari perut pesawat namun ia hanya asam garam harus dilalui demi menjayakan sambutan kemerdekaan selain dapat menyumbang sedikit buah tangan buat hadirin di situ,” katanya.

Image: 
Ahmad Ismail

Segamat: Seorang bekas anggota tentera dari Unit Komando Pasukan Khas Udara (PASKAU) melakar sejarah untuk dirinya apabila melakukan terjunan bebas menggunakan payung terjun serta merakam rekod peribadi terjunan ke 7,000 sempena Sambutan Hari Merdeka Peringat Daerah Segamat di sini, pagi ini.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: