Kahwin? Dr Mohamad Khir enggan ulas

Utama

hadinata@hmetro.com.my

Shah Alam: Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo enggan mengulas mengenai laporan berita mengenai perkahwinan keduanya bersama penjawat awam dikenali sebagai Christine Zanitrah Abdullah, 39, hari ini.

Ketika dihubungi beliau tidak mahu memberi sebarang kenyataan terhadap laporan itu.

“Saya tak tahu berita berkenaan….saya kini berada di rumah,” katanya ringkas.

Dr Mohamad Khir, 51, dan Christine Zanitrah atau nama asalnya Christine Tan yang memeluk agama Islam pada April lalu dilaporkan melangsungkan pernikahan mereka di dalam negara.

Christine Zanitrah adalah penjawat awam di Putrajaya.

Beberapa gambar Christine Zanitrah pada majlis itu yang memakai busana pengantin rekaan pereka terkenal Datuk Radzuan Radzwill turut tersebar.

Dr Mohamad Khir berkahwin dengan Zaharah Kechik pada 1990 dan mereka dikurniakan tiga anak.

Sementara itu, tinjauan di rumahnya di Seksyen 7 dekat sini mendapati ada beberapa kereta di halaman rumah namun tidak kelihatan Dr Mohamad Khir atau isterinya.

Seorang wanita dipercayai ahli keluarganya keluar tidak lama kemudian dan menyatakan keluarga Dr Mohamad Khir akan memberi kenyataan tidak lama lagi sebelum meminta media beredar.

Image: 
Fuad Hadinata Yaacob

Shah Alam: Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo enggan mengulas mengenai laporan berita mengenai perkahwinan keduanya bersama penjawat awam dikenali sebagai Christine Zanitrah Abdullah, 39, hari ini.

| Artikel @ berita penuh



Widget not in any sidebars


Nota: