Mana mau lari…?

Mutakhir

am@hmetro.com.my

Georgetown: Suspek lelaki yang memecahkan bekas kaca tempat letak lauk Restoran Deen Nasi Kandar, Jelutong, ditahan polis ketika dirawat di Hospital Pulau Pinang, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, berkata suspek menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) sejurus kejadian.

“Suspek yang berumur 48 tahun itu ditahan di wad HPP 6, pada 10.35 malam. Dia dipercayai bawah pengaruh alkohol ketika kejadian,” katanya di sini, hari ini.

Suspek masih mendapat rawatan di HPP dan akan direman empat hari bagi tujuan siasatan.

Dalam kejadian pada 12.30 tengah malam kelmarin, dua lelaki dikatakan menumbuk bekas kaca tempat letak makanan Nasi Kandar Deen, Jelutong, sehingga pecah.

Pengurus restoran, Arshad Ali Mohd Baharudeen berkata, lelaki berkenaan kemudian bertindak meminta wang daripada juruwang.

“Saya terkejut dengan kejadian itu dan ia berlaku ketika kedai dipenuhi pelanggan. Tapi, dia tak dapat wang,” katanya.

Menurut Arshad, sejurus selepas itu kedua-duanya melarikan diri.

Image: 
Mohd Hilmi Mahmud

Georgetown: Suspek lelaki yang memecahkan bekas kaca tempat letak lauk Restoran Deen Nasi Kandar, Jelutong, ditahan polis ketika dirawat di Hospital Pulau Pinang, malam tadi.

| Artikel @ berita penuh



Widget not in any sidebars


| Lagi di INSPIRASI | BERITA | TECH | BLOG

Nota: