Tegas kerana adanya Daish

Mutakhir

apendy@hmetro.com.my

Cameron Highlands: “Saya tidak akan meminta maaf dalam soal keselamatan negara.

“Kalau ada orang dah mati, kudung dan mayat bergelimpangan tiada gunanya,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Najib berkata, beliau tidak akan meminta maaf kerana mewujudkan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 yang bertujuan menjamin keselamatan negara.

Menurutnya, kerajaan terpaksa mengambil langkah tegas berikutan kenunculan ancaman Daish.

“Keamanan negara boleh berubah sekelip mata menjadi huru hara jika tiada tindakan tegas diambil,” katanya.

Beliau berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Cameron Highlands di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmad Shah, Tanah Rata, di sini hari ini.

Beliau berkata, ada pihak yang menuduhnya mengubal Akta MKN untuk menjadi diktator dan merampas kuasa Yang di-Pertuan Agong.

“Bila jadi Perdana Menteri saya mansuhkan ISA, ramai kata tidak patut tetapi saya bagi kebebasan lebih pada rakyat.

“Namun apabila kita buat undang-undang baru beri kuasa pentadbiran MKN, orang kata saya diktator konon nak rampas kuasa Agong (Yang di-Pertuan Agong).

“Orang tidak faham kuasa yang lebih diktator adalah ISA yang tiada sistem mahkamah.

“Tetapi bila negara terancam…bila IS ingin lakukan angkara di negara seperti letupan bom di pusat hiburan di Puchong, Selangor dan jangan lupa peristiwa Lahad Datu, Sabah di mana beberapa anggota keselamatan terkorban.

“Kita tidak boleh pertaruh keselamatan negara, kerana tiada kuasa tiadalah keselamatan dan keamanan negara,” katanya.

Image: 
Muhammad Apendy Issahak

Cameron Highlands: “Saya tidak akan meminta maaf dalam soal keselamatan negara.

| Artikel @ berita penuh



Widget not in any sidebars


| Lagi di INSPIRASI | BERITA | TECH | BLOG

Nota: