Tambahan reman buat jurutera

Mutakhir

maiamalina@hmetro.com.my

Kota Bharu: Jurutera syarikat berkaitan kerajaan (GLC) disambung reman sehingga Rabu, bermula hari ini, susulan kes rasuah dan salah guna kuasa.

Perintah itu dikeluarkan oleh Pendaftar Kanan Mahkamah Majistret Kota Bharu, Mohd Rusli Ahmad, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, dua lagi juruteknik GLC berusia 42 dan 50 tahun dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sebelum ini, ketiga-tiganya berusia 30 hingga 50 tahun ditahan reman tujuh hari bermula 21 Ogos lalu bagi membantu siasatan kes.

Ia susulan penahanan pengarah kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bergelar Datuk Seri, pengarah kanan jabatan kerajaan di Melaka bergelar Datuk dan pengurus agensi kerajaan di Kelantan, pada 15 Ogos lalu.

Mereka ditahan berhubung kes rasuah, salah guna kuasa dan penggubahan wang haram mengikut Seksyen 17 (a) dan 23 Akta SPRM 2009.

Image: 
Maiamalina Mohamed Amin

Kota Bharu: Jurutera syarikat berkaitan kerajaan (GLC) disambung reman sehingga Rabu, bermula hari ini, susulan kes rasuah dan salah guna kuasa.

| Artikel @ berita penuh



Widget not in any sidebars


| Lagi di INSPIRASI | BERITA | TECH | BLOG

Nota: