Seperti yang dijangkakan, Xiaomi telah melancarkan smartphone terbaru, Xiaomi Redmi Note 4 yang akan menyertai pasaran smartphone mampu milik. Untuk model baru ini hadir dengan rekaan premium, spesifikasi dan ciri-ciri yang lebih mantap serta harganya yang jauh lebih murah berbanding pesaingnya.
Rekaan luarnya tidaklah begitu berbeza dengan model terdahulu Xiaomi Redmi Note 3. Cuma, terdapat jalur di bahagian atas dan bawah yang membezakan model baru ini dan yang sebelumnya. Di bahagian hadapan pula rekaan yang lebih kemas yang menggunakan lapisan kaca 2.5D untuk skrinnya yang kelihatan lebih premium. Di bahagian depannya juga tertera skrin paparan bersaiz 5.5 inci dengan resolusi HD1080P. Perbandingan reka bentuk antara Xiaomi Redmi Note 4 dan Redmi Note 3 seperti di bawah.
Untuk spesifikasinya, tidak banyak perubahan yang dibawakan model baru ini berbanding model sebelum ini. Xiaomi hanya menaik taraf cip pemprosesnya, ruang memori yang lebih besar serta kapasiti bateri yang ditingkatkan. Selebihnya adalah hampir sama. Xiaomi Redmi Note 4 menggunakan pemproses Mediatek MT6797 Helio X20 yang hadir bersama pilihan Memori 2 atau 3 GB RAM serta 16 GB dan 64 GB memori dalaman. Slot microSD juga disediakan untuk peranti ini.
Untuk sistem fotografi pula, peranti ini membawakan kamera 13 Megapixel, F2.0 dengan pelbagai fungsi termasuk PDAF, HDR, rakaman video HD1080P serta fungsi Dual-LED Flash. Bagi yang gemar berselfie, telefon pintar ini menyediakan kamera 5 Megapixel untuk itu.
![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() |
Antara ciri-ciri lain yang terdapat pada Xiaomi Redmi Note 4 termasuk kapasiti bateri Li-Po 4100 mAh, Port Infrared, Sokongan Dual SIM jenis Micro dan Nano, Sambungan 4G LTE, sokongan pengecasan pantas dan sebagainya. Selebihnya boleh lihat perbandingan spesifikasi antara Xiaomi Redmi Note 4 dan Xiaomi Redmi Note 3 seperti dibawah. Kedua-duanya adalah versi Mediatek.
Xiaomi Redmi Note 4 | Xiaomi Redmi Note 3 | |
---|---|---|
Platform | Android 6.0 (Marshmallow) | Android 6.0.1 (Marshmallow) |
Pemproses | Mediatek MT6797 Helio X20 | Mediatek MT6795 Helio X10 |
CPU | Deca-Core 2.1 GHz | Octa-core 2.0 GHz Cortex-A53 |
Paparan | Skrin IPS LCD 5.5 Inci, 1080 x 1920 pixels | Skrin IPS LCD 5.5 Inci, 1080 x 1920 pixels |
Memori |
|
|
Kamera |
|
|
Rangkaian | GPRS, EDGE, HSPA, LTE | GPRS, EDGE, HSPA, LTE |
Bateri | Li-Po 4100 mAh | Li-Po 3300 mAh |
Ciri-Ciri |
|
|
Harga Di Malaysia | Dijangka Bermula RM599 | Bermula RM599 (Model Import) |
Harga Xiaomi Redmi Note 4 Di Malaysia
Di China Xiaomi Redmi Note 4 akan mulakan jualan dengan harga CNY899 untuk model 16GB manakala model 64GB pula dijual pada harga CNY119. Untuk harga Xiaomi Redmi Note 4 di Malaysia, peranti ini dijangka berharga dari RM599 untuk model 16 GB dan RM749 untuk model 64 GB.
Bagi di Malaysia, masih belum diketahui sama ada Xiaomi akan membawa masuk model ini ke pasaran tempatan. Seperti tahun lepas, Xiaomi hanya membawa masuk versi Redmi Note 3 Pro atau versi Snapdragon dengan 16 Megapixel kamera yang telah dijual di pasaran dengan harga bermula RM749. Untuk Xiaomi Redmi Note 3 versi Mediatek tidak dibawa masuk secara rasmi. Namun, ia boleh didapati dengan harga sekitar RM599.
The post Xiaomi Redmi Note 4 Diperkenalkan, Peranti Premium Pada Harga Rendah appeared first on Mesra Mobile.
Widget not in any sidebars