Company Name | : | Lembaga Zakat Negeri Kedah |
Address | : | Alor Setar, Kedah |
Phone | : | +60 1-800-88-1740 |
: | – | |
Website | : | www.zakatkedah.com |
Tarikh Tutup | : | 30-Mei-2016 |
Job Description :
Pada permulaan perintah ini dilaksanakan, zakat dikeluarkan mengikut kehendak petani iaitu berapa bahagian daripada 8 asnaf itu hendak diberikan kepada amil. Kemudian sampai satu ketika diwujudkan satu undang-undang 4/8 daripada hasil zakat hendaklah diserahkan kepada amil yang dilantik manakala 4/8 lagi tepulang kepada pembayar untuk diberikan kepada orang-orang yang dipilih setempatnya. setelah beberapa lama berjalan, kemudian pada tahun 1955 wujudlah undang-undang zakat (enakmen Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul Aman) iaitu zakat padi hendaklah dibayar 100% atau 8/8 kepada amil yang dilantik, jadi berjalanlah kutipan zakat ini begitu lama iaitu hanya zakat padi. Kemudian pada tahun 1984-1997, pihak ulil amri telah melantik Dato’ Syeikh Mahmood Naim sebagai Setiausaha Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah. Beliau kemudiannya telah meluaskan pembayaran zakat harta ini kepada semua bidang harta yang wajib zakat, iaitu mulanya zakat padi telah berpindah kepada zakat harta (zakat pendapatan) yang lain termasuk dalam hasil usaha yang halal yang diusahakan oleh satu-satu individu. Alhamdulillah, hasilnya prestasi kutipan zakat terus meningkat saban tahun. Kini, usaha untuk terus mengukuhkan institusi zakat Kedah melalui penambahbaikan undang-undang zakat terus dititikberatkan oleh Jawatankuasa Zakat Kedah bagi memastikan satu undang-undang lengkap yang bukan sahaja merangkumi zakat padi, malah zakat harta yang lain turut diwujudkan. Usaha berterusan ini akhirnya membuahkan hasil apabila pada tahun 2015, enakmen Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman (LZNK) diperkenalkan menggantikan enakmen Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul Aman (JZNK). Enakmen ini sekaligus menyaksikan pengurusan LZNK terus unggul seterusnya memastikan lebih ramai asnaf diluar sana dibela.
Jawatan Kosong Lembaga Zakat Negeri Kedah :
- Eksekutif (Agihan Dan Kutipan)
How to Apply :