Jawatan Kosong Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) – Mac 2016

Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) mempelawa pemohon daripada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong terkini sebagai :

1. Guru Sains

Maktab Rendah Sains MARA atau MRSM merupakan sejenis sekolah berasrama penuh yang dibina oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) hampir di setiap negeri di Malaysia. Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) telah ditubuhkan di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat Bil. 20 Tahun 1966 sebagai satu usaha untuk mencapai matlamat MARA dalam bidang latihan dan pendidikan. MARA merupakan badan berkanun mempunyai sistem kewangan yang tersendiri bagi membantu menjayakan pendidikan dan pembangunan usahawan di kalangan Bumiputera.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jawatan kosong Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) ini, sila lihat info di bawah.
Tarikh tutup permohonan : 13 Mac 2016
Penempatan : Perlis

SYARAT KELAYAKAN :

1. Warganegara Malaysia
2. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon dari universiti-universiti tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
3. Kepujian mata pelajaran dan Bahasa Malaysia (Termasuk Lulus Ujian Lisan) serta Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
4. Calon-calon yang mempunyai pengalaman mengajar pelajar Tingkatan 4 atau 5 di sekolah-sekolah menengah akan diberi keutamaan.

Cara Memohon :
Emelkan resume anda kepada kairosazlinda@mara.gov.my

KLIK UNTUK JAWATAN KOSONG MRSM YANG LAIN

Nota: