Jabatan Perangkaan Malaysia menjemput anda yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk hadir ke temuduga terbuka bagi mengisi kekosongan jawatan sebagai :
1. Pekerja Sambilan Harian (PSH)
Jabatan Perangkaan telah ditubuhkan pada tahun 1949 di bawah peruntukan Statistics Ordinance 1949 dan dikenali sebagai Biro Statistik. Perangkaan yang dihasilkan pada masa itu terhad kepada data perdagangan luar negeri dan pertanian ladang. Pada tahun 1965, nama Biro Statistik telah ditukar kepada Jabatan Perangkaan Malaysia dan beroperasi di bawah peruntukan Akta Perangkaan 1965 (Disemak 1989).
Jika anda berminat untuk menghadiri temuduga terbuka Jabatan Perangkaan Malaysia Selangor ini, sila lihat info selanjutnya di bawah.
Tarikh temuduga terbuka : 30 Mac 2016
Masa : 10.00 pagi – 3.00 petang
Tempat temuduga terbuka : Pusat JobsMalaysia Pelabuhan Klang, Persiaran Raja Muda Musa, 42000 Pelabuhan Klang
JAWATAN : PEKERJA SAMBILAN HARIAN
TARAF JAWATAN : SAMBILAN
KUMPULAN : PERKHIDMATAN SOKONGAN
GAJI : RM 54 SEHARI
SYARAT KELAYAKAN :
• SPM dengan KEPUJIAN dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan LULUS dalam mata pelajaran Matematik
• Keutamaan diberi kepada mereka yang mempunyai lesen memandu dan kenderaan sendiri; dan
• Boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
SILA BAWA 2 KEPING GAMBAR PASPORT, SALINAN K/P, SALINAN SIJIL DAN SIJIL ASAL SEMASA MENGHADIRI TEMUDUGA
Sebarang pertanyaan sila hubungi Pusat JobsMalaysia Pelabuhan Klang di talian 03-31656555 / 03-31651541