Utusan Malaysia tidak rasis, kata Sultan Perak

 Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah menyampaikan ucaptama beliau Anugerah Perniagaan Utusan 2015 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini. Baginda mempertahankan Utusan Malaysia daripada tuduhan rasis. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 1 Mac, 2016.Akhbar bahasa Melayu tertua di negara ini, Utusan Malaysia, bukan sebuah organisasi rasis tetapi digambarkan sedemikian rupa oleh pihak tertentu yang mempunyai agenda tersembunyi, kata Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pagi ini.

Dalam ucapan perasmian di Anugerah Perniagaan Utusan 2015, baginda bertitah akhbar itu memperjuangkan isu-isu Melayu sejak pembentukannya 78 tahun lalu dan hanya meneruskan dasar yang kini menjadi sebahagian daripada asas teras syarikat itu.

Peranan ini, titah sultan tidak bermakna atau tidak boleh dianggap sebagai tanda Utusan menentang kaum lain atau membenci mereka.

“Apa saja persepsi negatif yang dikenakan ke atas Utusan Malaysia, ia bukan sebuah akhbar yang diskriminasi. Ini dapat dilihat apabila ia mempertahankan seorang gadis Cina (Melissa Gooi),” kata Sultan Nazrin.

Gooi merupakan seorang pengguna Facebook yang menghina Yang di-Pertuan Agong pada 2013.

Penolong Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia Zaini Hassan mempertahankan Gooi dan meminta lebih banyak usaha diambil Kementerian Pendidikan untuk mendidik rakyat Malaysia asas-asas mengenai Perlembagaan Persekutuan di sekolah.

Sultan Nazrin berkata lagi, akhir-akhir ini, percubaan menggambarkan Utusan Malaysia dalam keadaan negatif kelihatan lebih ketara. – 1 Mac, 2016.

MENYUSUL LAGI

Nota: