Pos Malaysia Berhad mempelawa pemohon daripada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong terkini sebagai :
1. POSMEN PEMANDU / KURIER
Gaji RM800.00 – RM1,785.00 (Posmen tetap)
Gaji RM42.00 Sehari (Posmen sambilan)
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jawatan kosong yang ditawarkan oleh POS Malaysia Berhad ini dan syarat-syarat permohonan, sila lihat iklan penuh di bawah.
Tarikh tutup permohonan : 29 Februari 2016
Lokasi : Sarawak (Miri & Bintulu)
Syarat-syarat kelayakan memohon :
- Lelaki
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun.
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang diiktiraf setaraf dengannya (Lulus Bahasa Malaysia, SPM)
- Memilik lesen B2, GDL, E
- Boleh bertugas dengan baik dengan pengawasan yang minima, sanggup menerima beban kerja dan boleh bertugas setiap masa.
- Mempunyai sikap yang positif, berdedikasi dan semangat kerjasama yang tinggi.
- Calon-calon juga mestilah bebas dari sebarang kes jenayah atau dadah.
Calon-calon yang berminat dan memenuhi kelayakan di atas sila kemukakan permohonan menggunakan Borang Permohonan beserta salinan kad pengenalan, sijil-sijil kelayakan, dokumen yang berkaitan dan sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) sebelum 29 Februari 2016 kepada :
Sumber Manusia
Pejabat Pengurus Negeri
Pos Malaysia Berhad
Jalan Tun Razak
93670 Kuching Sarawak
Setiap permohonan mestilah menggunakan Pos Ekspres yang boleh didapati di Pejabat Pos. Sila nyatakan jawatan dipohon di bahagian atas sebelah kiri sampul surat. Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Segala perbelanjaan ditanggung sendiri oleh pemohon.