Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengajak individu berasal daripada warganegara Malaysia lelaki dan wanita yang berusia tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun untuk bersama-sama menyertai PDRM bagi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :
1. Konstabel (Wanita)
2. Konstabel (Lelaki & Wanita)
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai iklan temuduga / Eksesais Pengambilan Konstabel Wanita & Konstabel Sokongan Lelaki dan Wanita ini, sila klik di sini.
Tarikh tutup permohonan : 01 Februari – 01 Mac 2016
Penempatan : Seluruh Malaysia
PERHATIAN! Sila baca dahulu Skim Perkhidmatan Bagi Jawatan Konstabel atau Skim Perkhidmatan Bagi Jawatan Konstabel Sokongan untuk panduan sebelum menghadiri ujian tersebut.
Calon-calon yang telah mendaftar melalui sistem Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bagi tahun 2014/2015 boleh menghadirkan diri pada tarikh-tarikh dan tempat-tempat yang ditetapkan (Lampiran ’A’).
ANDA DIKEHENDAKI MEMBAWA BERSAMA PERKARA-PERKARA BERIKUT :-
- Salinan dan bukti mengesahkan telah membuat permohonan melalui SPA tahun 2014/2015.
- Kad pengenalan asal dan 1 salinan;
- Sijil kelahiran asal dan 1 salinan;
- Sijil SPM, PMR dan Sijil Tertinggi asal dan 1 salinan;
- Sijil berhenti sekolah asal dan 1 salinan;
- 1 salinan kad pengenalan ibu dan bapa, 1 salinan sijil kelahiran ibu dan bapa atau sijil kematian ibu dan bapa;
- 1 salinan sijil kewarganegaraan (jika ada) bagi calon, ibu dan bapa;
- 1 keping gambar terkini berukuran pasport;
- Pen-ball point, liquid paper serta gam;
- Bawa seluar pendek dan t-shirt berlengan pendek untuk pemeriksaan fizikal (Lelaki/Wanita);
- Sekiranya anda gagal membawa sijil-sijil asal atau tidak hadir di pusat ujian pada masa yang ditetapkan, anda tidak dibenarkan menjalani ujian pemeriksaan tersebut.
- ANDA DIKEHENDAKI BERPAKAIAN SUKAN (TRACK BOTTOM DAN T-SHIRT BERKOLAR) SERTA BERKASUT SUKAN SEMASA MENGHADIRI UJIAN PEMERIKSAAN FIZIKAL. (JEANS, KEMEJA-T DAN SELIPAR TIDAK DIBENARKAN).
- Anda dikehendaki hadir di pusat ujian pemeriksaan fizikal sebelum jam 9.00 pagi.
- Anda dinasihatkan bersarapan pagi sebelum menghadiri Ujian pemeriksaan fizikal.
- Calon-calon yang gagal membawa dokumen-dokumen asal dan tidak mencukupi syarat-syarat skim perkhidmatan akan diarahkan balik.
- Sebarang kemusykilan, boleh menghubungi talian berikut:- 03-22668347 / 8349 / 8350 / 8351 / (Unit Pengambilan).
Untuk mengetahui tarikh dan lokasi Dokumentasi / Ujian Fizikal bagi calon Konstabel Wanita dan Konstabel Sokongan Lelaki & Wanita, sila rujuk lampiran di bawah.