Jawatan Kosong Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) – Januari 2016

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menawarkan jawatan kosong terkini kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut :

1. Penolong Pegawai Tadbir N27

KLASIFIKASI : Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
GRED : N27
KUMPULAN PERKHIDMATAN : Sokongan
JADUAL GAJI : Gaji Harian
RM 72.00 sehari

Untuk mengisi jawatan kosong dan mengetahui lebih lanjut mengenai jawatan kosong terbaru di Ministry of Education (Malaysia) ini, sila lihat info lengkap di bawah.
Tarikh tutup permohonan : 27 Januari 2016
Penempatan : Selangor

SYARAT LANTIKAN
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan jawatan;
(c) Mempunyai kelayakan STPM/STAM/Diploma. Keutamaan akan diberikan kepada yang memiliki Diploma dalam bidang Perundangan atau Syariah atau yang berkaitan dari Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta yang diiktiraf oleh Kerajaan;
(d) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
dan
(e) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat  Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

1. CARA MEMOHON

1.1 Calon yang berminat boleh menghantar resume berserta salinan sijil yang disahkan pada atau sebelum 27 Januari 2016 (Rabu) ke Bahagian ini seperti alamat berikut:

BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
ARAS BAWAH DAN ARAS 2,
No. 2251 BANGUNAN MUSTAPHA KAMAL, 
43300 CYBERJAYA,
SELANGOR DARUL EHSAN.

1.2 Hanya calon yang melepasi tapisan akan dipanggil temuduga. 

2. SYARAT AM

2.1 Permohonan terbuka kepada semua yang layak dan memenuhi syarat lantikan seperti yang dinyatakan di atas;

2.2 Calon diwajibkan untuk membawa Kad Pengenalan, Sijil SPM/ STPM/ STAM/
Diploma dan transkrip keputusan Diploma yang asal semasa menghadiri temuduga.

2.3 Calon-calon yang tidak mendapat maklum balas dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh temuduga adalah dianggap tidak berjaya dalam urusan pengambilan ini.

3. TARAF JAWATAN : PEKERJA SAMBILAN HARIAN

4. KEMUDAHAN DAN ELAUN

Anggota sambilan yang dilantik adalah layak menerima pelbagai kemudahan dan elaun tertakluk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2011, seperti berikut:

i) Elaun Perjalanan Kenderaan
ii) Bayaran Sewa Hotel atau Elaun Lojing
iii) Elaun Harian
iv) Elaun Makan

Nota: