Samsung Ingin Membeli AMD?

Menurut laporan akhbar kewangan Korea Selatan, Hankooki, Samsung dikatakan sedang menimbang untuk mengambilalih syarikat pengeluar pemproses komputer dan kad grafik AMD.

5GHz

Samsung Ingin Membeli AMD?

Menurut laporan akhbar di Korea Selatan, syarikat gergasi elektronik Korea Selatan, Samsung, sedang menimbang untuk mengambilalih AMD. Pada ketika ini, AMD bukanlah dalam situasi baik di mana ia merasakan semakin sukar untuk bertanding dengan pemproses-pemproses terbaharu dari Intel manakala di arena GPU pula ia menerima tentangan hebat dari GPU terbaharu Nvidia Maxwell.

Harapan terbaik AMD hanyalah perkembangan perlahannya ke arah pengeluaran cip ARM dan pengkomputeran heterogeneous di mana ia telah melaburkan segalanya pada teknologi ini.

Langkah pengambilalihan tersebut mungkin akan memperlihatkan situasi menang-menang untuk kedua buah syarikat tersebut memandangkan AMD mempunyai beberapa IP (Intellectual Property / Harta Intelek) yang melengkapi apa yang dipunyai Samsung.

Dalam satu temubual dengan TechRadar Pro tidak lama dahulu, Samsung telah menekankan betapa pentingnya pusat data kepada syarikat tersebut pada masa hadapan. Walaupun Samsung mempunyai semua komponen untuk membina sebuah pusat data berjenama Samsung, ia kekurangan satu komponen, iaitu cip pelayang (server chip) dan kebetulan pula, itu adalah sesuatu yang sedang dibangunkan AMD selama ini.

Selain Samsung, Loonson Technology dari China merupakan satu lagi syarikat yang menintai peluang mengambilalih syarikat US yang bermasalah itu. Siapa pun yang memiliki syarikat tersebut nanti akan kehilangan akses kepada teknologi x86 berikutan perjanjian AMD dengan Intel.

The post Samsung Ingin Membeli AMD? appeared first on TechKini.com.

Nota: