Chromebit Menukarkan TV Kepada PC Chrome

Trend yang semakin meningkat di kalangan pengguna adalah membeli komputer PC kecil dan menyambungkannya kepada TV untuk menjadikan TV tersebut sebuah pusat media yang boleh melakukan lebih dari sekadar menstrim video dari peranti dan internet. Kini Google telah melancarkan Chromebit yang boleh mengubah TV anda kepada sebuah PC Chrome menggunakan sebuah perantu yang hanya sebesar pemacu USB.

Chromebit

Chromebit Menukarkan TV Kepada PC Chrome

Peranti Google Chromebit yang dikeluarkan Asus boleh mengubah sebarang TV yang mempunyai jek HDMI menjadi sebuah PC Chrome dengan hanya menggunakan sebuah peranti kecil yang berharga USD100. Ia didatangkan dalam warna biru, perak dan jingga dan penyambung HDMInya boleh berputar untuk dimuatkan pada sebarang jenis jek HDMI.

Peranti ini menggunakan cip Rockchip RK 3288 dan GPU quad-core Mali 760, 2GB RAM, 16GB ruang storan, WiFi, Bluetooth 4.0 dan port USB 2.0 di pangkalnya.

Walaubagaimanapun, peranti ini bukanlah satu idea baru. Banyak syarikat China telah mengeluarkan peranti dogle TV berasaskan Android yang turut menggunakan cip Rockchip yang sama. Malah Intel juga telah melancarkan sebuah gajet dengan fungsi sama berasaskan Windows 8.1 yang dingamakan Compute Stick.

Dikatakan Asus akan mengeluarkan beberapa model lagi bagi peranti ini dan dijangka syarikat-syarikat pengeluar lain juga akan turut memperkenalkan peranti yang mempunyai fungsi yang sama ke pasaran.

Google Chromebit akan dilancarkan sekitar musim panas ini. (Hujung Jun – awal September)

 

The post Chromebit Menukarkan TV Kepada PC Chrome appeared first on TechKini.com.

Nota: