XiaoMi Mi Headphones Mula Dipasarkan 8 April

Ini bukan kali pertama Xiaomi mengeluarkan peralatan audio yang dijual di Malaysia. Ia pernah mengeluarkan fon dalam telinga Mi yang kini dijual di laman webnya pada harga RM50. Syarikat tersebut juga akan membawa masuk dan memasarkan fon kepala premium XiaoMi Mi Headphones pada 8 April ini.

XiaoMi Mi Headphones

XiaoMi Mi Headphones Mula Dipasarkan 8 April

XiaoMi akan mula memasarakan fon kepala Xiaomi Mi Headphones mulai 8 April ini dan fon kepala yang berharga RM 319 ini akan didatangkan dengan difragma yang lebih besar pada saiz 50mm dengan membran akustik setebal 2mm. Ia menjanjikan bunyi bass yang lebih baik dan sesitiviti yang boleh memenuhi kehendak kebanyakan pendengar.

Ia dilengkapi kabel gentian kevlar 1.4m yang boleh ditanggalkan yang membantu untuk mengelakkan gangguan dan tali yang tersimpul. Fon kepala ini direka khas untuk pengguna peranti mudahalih dan didatangkan dengan mikrofon dan kawalan kekuatan bunyi.

Mi Headphones ini juga didatangkan dalam pakej yang menyertakan kotak berzip, beg, penyuai audio kapal terbang dan penyuai bersalut emas 3.5mm hingga 6.3mm. Semua ini pada harga RM319.

Acara Mi Fan Festival akan berlangsung secara atas talian pada hari Rabu  ini, 8 April ini dari 10am ke 10pm. Untuk produk-produk baharu, ia akan dijual pada slot masa 12pm dan 4pm. Untuk maklumat lanjut, layarilah laman web Mi Headphone.

150404-xiaomi-mi-headphone-malaysia-sale-7
150404-xiaomi-mi-headphone-malaysia-sale-6
150404-xiaomi-mi-headphone-malaysia-sale-5
150404-xiaomi-headphone-malaysia-sale

The post XiaoMi Mi Headphones Mula Dipasarkan 8 April appeared first on TechKini.com.

Nota: