Hari ini, pihak Samsung Malaysia telah pun melancarkan tablet yang direkabentuk khusus untuk kanak-kanak, dinamakan sebagai Galaxy Tab 3 Kids.
Galaxy Tab 3 Kids membawakan skrin bersaiz 7-inci, dan hadir dengan antaramuka yang khusus untuk kanak-kanak. Ia turut hadir dengan Application Manager untuk membolehkan ibu bapa memantau dan mengawal aplikasi apakah yang boleh diakses oleh anak-anak mereka.
Sebuah aplikasi dinamakan Time Management turut disertakan untuk membolehkan tablet tersebut dikunci secara automatik sekiranya seseorang menggunakan ia melangkaui masa yang ditetapkan. Perkara ini sekaligus membolehkan anak-anak tidak meluangkan masa yang lama pada tablet berkenaan.
Secara keseluruhan, tablet berasaskan Android ini membawakan cip pemprosesan dwi-teras 1.2GHz, memori 1GB RAM dan juga kamera 3-megapixel pada bahagian belakang.
Di Malaysia, ia membawakan tanda harga RM799 dan boleh didapati di pasaran dalam warna kuning bermula hari ini.