iMac Baru Dengan Skrin Retina

Menurut laporan, acara pelancaran Apple yang dikatakan akan diadakan bulan hadapan akan menampilkan barisan iMac baru yang dilengkapi skrin Retina dan menjalankan OS terbaru syarikat itu, OS X Yosemite.

Apple iMac

iMac Baru Dengan Skrin Retina

9to5 Mac melaporkan Apple akan melancarkan barisan iMac terbarunya dengan skrin Retina dan OS X Yosemite. Dilaporkan bahawa komputer yang bakal menentukan masa depan Apple itu telah berada di peringkat akhir pengujian.

Daripada khabar angin yang berlegar di internet, model 27 inci komputer itu akan dilengkapi skrin dengan resolusi 5K. Manakala, kod yang dijumpai pada versi Beta OS X Yosemite menunjukkan OS itu antara lainnya menyokong resolusi 6400 x 3600, 5760 x 3240 dan 4096 x 2304.

Dikatakan resolusi melebihi HD ini akan dapat membantu pembangun kandungan untuk mengedit kondungan 4K mereka menggunakan perisian iMovie dan Final Cut Pro  yang diperbaharui.

Bukti kewujudan sebuah iMac dengan skrin Retina telah banyak dikhabarkan sejak akhir-akhir ini dan sememangnya dijangka Apple akan mengadakan sebuah lagi acara pelancaran produk dalam masa terdekat untuk memperkenalakan lebih banyak peranti yang tidak dapat diperkenalkan pada acara pelancarn iPhone 6 tempoh hari.

Laporan awal juga menunjukkan Apple akan melancarkan tablet iPad Air 2 dan iPad Mini 3 dalam acara tersebut yang dijangka akan turut menampilkan OS X Yosemite. OS tersebut bakal mengubah bagaimana pengguna menggunakan gajet-gajet Apple miliknya. Di samping itu, Apple turut dijangka akan melancarkan model Mac Mini baru menggantikan model sedia ada yang kini berusia hampir 2 tahun.

The post iMac Baru Dengan Skrin Retina appeared first on TechKini.com.

Nota: