Adobe Membawa Perisian Penyuntingan Popular – Photoshop Ke Chromebook

Photoshop ChromebookChromebook merupakan komputer riba berasaskan kepada ChromeOS, dan memfokuskan kepada penggunaan pelayar web serta aplikasi berasaskan web sepenuhnya. Perkara ini membuatkan beberapa perisian masih terhad dan tidak ditawarkan untuknya.

Pihak Google sendiri cuba mengatasi perkara ini dengan membawa aplikasi Android ke platform ChromeOS, dan menariknya, terkini pihak Adobe mengumumkan yang mana mereka akan menawarkan perisian Adobe Creative Cloud kepada pengguna Chromebook.

Sebagai permulaan, mereka akan memperkenalkan Photoshop (versi “streaming”), dimana ia akan dijalankan sepenuhnya berasaskan awan – membolehkan pengguna Chromebook mengaksesnya menggunakan pelayar web dan membuat pelbagai penyuntingan gambar dengan mudah menggunakannya.

Photoshop untuk Chromebook ini juga akan diintegrasikan dengan Google Drive, membolehkan pengguna mengakses fail-fail yang disimpan pada ruangan storan Google itu dengan mudah. Menariknya, versi Photoshop ini juga kelak akan menyokong pengguna Windows yang menggunakan pelayar web Chrome.

Apa pun, buat fasa ujian beta ini, ia hanya terhad kepada pengguna di Amerika Syarikat sahaja, dan diperkenalkan kepada pengguna berasaskan pendidikan terlebih dahulu. Mungkin kita akan dapat melihat ia diperluaskan kepada semua dalam masa beberapa bulan lagi.

Nota: