Motorola Nexus 6 Shamu Bocor

Minggu lepas, maklumat mengenai telefon pintar Motorola Nexus 6 “Shamu” telah bocor ke web membawa spesifikasi yang dikhabarkan untuk telefon pintar tersebut dan gambaran rupa bentuk peranti tersebut. Kini satu gambar telah timbul, menunjukkan telefon pintar tersebut yang sudah berfungsi dan memaparkan skrin “tentang telefon pintar” itu.

Nexus 6 shamu 9to5Google-578-80

Motorola Shamu Nexus 6 Bocor

Satu gambar yang menunjukkan apa yang dipercayai telefon pintar Motorola Nexus 6 “Shamu” yang memaparkan skrin “tentang telefon pintar”. Gambar tersebut nampaknya menepati khabar angin yang mengatakan ia mempunyai skrin QHD 5.92 inci. Namun selain mempunyai penjuru yang melengkung, sukar untuk memastikan samada telefon pintar dalam gambar ini merupakan telefon pintar yang sama yang didedahkan laman web 9to5Google seperti di atas.

Nexus 6 screen (leak)-580-90

Motorola Nexus 6 dilaporkan dilengkapi kernel yang diperbaharui oleh Google dan menurut Android Police, versi kernel yang dipaparkan pada telefon pintar tersebut adalah dua bulan lebih baru dari apa yang dilihat dalam maklumat bocor yang mereka perolehi sebelum ini. Ini menunjukkan telefon pintar ini berkemungkinan besar merupakan telefon Android tulen dan bukan telefon pintar yang telah diubahsuai OSnya.

Maklumat sebelum ini membocorkan spesifikasi peranti tersebut yang dikatakan akan dilengkapi skrin 5.92-inci 2560 x 1440 dengan kepadatan piksel sebanyak 498 ppi. Ia akan dilengkapi pemproses Snapdragon 805 yang disokong dengan 3GB RAM. Ia juga dikatakan akan dielngkapi kamera 13MP yang boleh mengambil video 4K dan kamera hadapan 2MP.

Sebuah bateri dengan kapasiti 2300mAh juga akan dilengkapkan padanya, manakala ruang storan ditetapkan pada 32GB dengan opsyen saiz ruang storan lain dijangka akan ditawarkan. Paling menarik ialah ia dikatakan akan melarikan versi OS terbaru Google, iaitu Android L.

Lebih banyak maklumat mengenai peranti ini akan diperoleh semasa ia diperkenalkan kepada umum. Khabarnya acara pengenalannya akan diadakan sekitar 15/16 Oktober ini.

The post Motorola Nexus 6 Shamu Bocor appeared first on TechKini.com.

Nota: