Salah satu topik utama yang menjadi fokus ramai di media sosial dan pelbagai web sepanjang minggu ini adalah berkaitan dengan iPhone, dimana beberapa pengguna mendapati ia mudah bengkok – terutamanya apabila diletakkan didalam poket seluar. Perkara ini menjadi salah satu bahan ejekan ramai diseluruh dunia, termasuk beberapa jenama terkemuka.
Selain daripada itu, beberapa peranti baru telah diumumkan untuk pasaran Malaysia, dimana antaranya adalah BlackBerry Passport, Nokia Lumia 735 dan juga Lumia 830. Sony Xperia Z3 turut telah mula dijual pada minggu ini di Malaysia.
Dan akhir sekali, beberapa aplikasi baru telah diperkenalkan sepanjang minggu ini, dan salah satu yang menjadi fokus ramai adalah aplikasi permainan lumba kereta ala Temple Run daripada Gameloft, iaitu Asphalt OverDrive.