Lazada sedia menawarkan beberapa peranti jauh sebelum sesuatu peranti tersebut memasuki pasaran Malaysia. Terkini, ia dilihat Lazada turut telah mula menawarkan Apple iPhone 6 yang menjadi fokus utama ramai pengguna akhir-akhir ini.
Menariknya mengenai tawaran daripada Lazada adalah dimana ia ditawarkan pada harga RM2599, dan dengan menggunakan sebuah kod khas “LAZADAiPhone6“, pengguna boleh mendapatkan diskaun – sekaligus menjadikan harga jualan iPhone 6 tersebut bermula RM2399 untuk versi 16GB.
Seperti kebanyakkan penjual lain, set yang dijual Lazada bukan set rasmi untuk pasaran Malaysia. Apa pun, ia boleh menjadi pilihan anda sekiranya ingin mendapatkan iPhone 6 seawal mungkin – apatah lagi jikalau dibandingkan dengan pelbagai penjual lain yang menjual iPhone 6 ini pada harga mencecah hampir RM5,000.
Selain daripada versi 16GB, pihak Lazada turut menawarkan versi 64GB pada harga RM3089 (RM2889 selepas diskaun). Tiada iPhone 6 Plus yang disenaraikan buat masa ini.
Advertorial daripada pihak Lazada Malaysia