Adakah Ini GoPro Hero 4?

GoPro sememangnya menjadi pilihan pertama para ahli sukan lasak yang mahukan sebuah action cam yang berkualiti, berkuasa dan tahan lasak. Satu perbincangan di laman Reddit telah mendedahkan spekulasi mengenai GoPro Hero 4 termasuk gambarnya yang kelihatan tulen.

GoPro Hero 4

Adakah Ini GoPro Hero 4?

Satu perbincangan di Reddit telah mendedahkan spekulasi mengenai kemungkinan pelancaran GoPro Hero 4 dan ia menyertakan gambar yang kelihatan tulen. Perbincangan itu mengumpulkan maklmat dari pelbagai sumber termasuk bahan promosi yang dibocorkan, manual dan firmware.

Walaupun kesahihan maklumat tersebut tidak dapat dipastikan, namun terdapat cukup konsistensi dalam maklumat itu untuk membuat spekulasi mengenai kamera teresebut.

Ciri utama yang telah dinaiktaraf dalam kamera tersebut ialah kebolehan merakan dalam resolusi 4K pada 30FPS. Walaupun GoPro Hero 3+ boleh merakam dalam 4K, namun hanya pada 15FPS, yang secara jujurnya tak berguna. Dengan adanya kebolehan ini, dijangka ia akan mendapat sambutan baik dan mungkin akan menggalakkan pengguna Hero 3 untuk menaiktaraf ke Hero 4.

Rekabentuk dan saiz keseluruhannya adalah sama supaya dapat berfungsi dengan aksesori lama, namun ada sediki perubahan. Ia dikatakan akan dilengkapi skrin LCD di bahagian belakangnya membolehkan pengguna melihat video yang diambil. Sebelum ini GoPro hanya mempunyai skrin LCD di hadapan untuk memantau setting kamera tersebut dan pengguna terpaksa menggunakan peranti lain untuk dijadikan viewfinder.

gopro 4

Gambar yang dibocorkan seperti di atas menunjukkan beberapa lagi penambahbaikan kecil seperti LED rakam dan WiFi telah diubah rekabentuknya.

Tidak dapat disahkan secara pasti samada ia merupakan produk dan gambar yang tulen, tetapi penambahbaikan yang dikatakan dalam perbincangan tersebut dilihat munasabah, tambahan pula GoPro biasanya mengeluarkan versi baru produknya sekitar Oktober. Mungkinkah ini produk sebenarnya? Kita akan tahu tidak lama lagi.

The post Adakah Ini GoPro Hero 4? appeared first on TechKini.com.

Nota: