Action Cam HTC Kelihatan Seperti Periskop

Semalam kami memaparkan video teaser mengenai apa yang dipercayai sebuah action cam HTC yang akan dilancarkan bulan depan dan wealupun video itu tidak memaparkan produk tersebut secara jelas, satu gambar yang dipercayai gambar penuh produk itu telah dibocorkan oleh seorang pengguna reddit.

action cam HTC

Action Cam HTC Kelihatan Seperti Periskop

Seorang pengguna Reddit telah membocorkan satu gambar yang dikatakan gambar action cam HTC yang akan dilancarkan bulan depan. Kamera yang dinamakan “RECamera” itu kelihatan seperti periskop pada sebuah kapal selam di mana kameranya diletakkan menghadap ke hadapan pada satu hujung tiub menegak.

RECamera leak 2-580-90

Pengguna Reddit itu juga bercakap mengenai sebuah aplikasi yang disertakan dengan kamera ini dinamakan “RECMoments” . Malangnya itu sahaja yang diketahui mengenai peranti tersebut, selain apa yang didedahkan pada video semalam.

Dalam video semalam ia memaparkan satu siri video yang kelihatan diambil menggunakan sebuah action cam. Ia dilihat boleh mengambil video dalam gerak perlahan dan kalis air. Dan dengan rekabentuk peranti yang didedahkan hari ini, sudah hampir pasti ia akan menjadi kamera video selfie yang hebat.

Apa pun, ia akan dilancarkan pada 8 Oktober ini, jadi kita akan mengetahui lebih banyak mengenainya dalam masa dua minggu lagi.

The post Action Cam HTC Kelihatan Seperti Periskop appeared first on TechKini.com.

Nota: