Microsoft Melancarkan Adapter Paparan Wireless Miracast

Menstrim kandungan ke TV HD dari peranti mudahalih merupakan suatu yang semakin popular di kalangan mengguna gajet dan kebelakangan ini peranti penstriman kandungan seperti Google Chromecast menunjukkan harga peranti sedemikian semakin murah. Microsoft juga tidak mahu ketinggalan dengan melancarkan pesaing Chromecast dinamakan Miracast.

Miracast

Microsoft Melancarkan Adapter Paparan Wireless Miracast

Microsoft telah melancarkan peranti penstriman kandungan yang akan menjadi pesaing kepada Google Chromecast iaitu adapter paparan wireless Miracast. Namun, peranti ini hanya berfungsi dengan PC dan tablet yang serasi dengan Miracast.

Dijual pada harga USD59.95, ia dua kali lebih mahal daripada peranti Google dan mempunyai rekabentuk yang agak menyusahkan kerana ia lebih panjang daripada Chromcast dan terdapat penyambung USB di hujungnya. Tetapi, kelebihannya pula adalah penggunaannya tidak terhad kepada aplikasi tertentu sahaja dan boleh digunakan untuk mencerminkan skrin peranti ataupun sebagai tambahan kepada paparan peranti tersebut.

Microsoft_Wireless_Display_Adapter_connected-580-90

Suatu yang menarik tentang peranti ini ialah kebolehannya untuk memaparkan skrin peranti Windows Phone 8 seperti Lumia 1520 ke skrin besar. Tetapi ciri ini tidak terhad kepada satu platform sahaja.

Walaupun peranti iOS tidak serasi dengan peranti ini, peranti Android yang serasi dengan Miracast juga boleh menstrimkan kandungan ke TV menggunakan peranti tersebut. Kini anda boleh menonton drama online anda di TV skrin besar dengan tanpa membuat sambungan menyusahkan ke TV.

Peranti ini kini boleh didapati di US secara online di Microsoft Store dan BestBuy.com manakala ia akan dipasarkan secara global dalam bulan Oktober.

The post Microsoft Melancarkan Adapter Paparan Wireless Miracast appeared first on TechKini.com.

Nota: