MacBook Air 12 Inci Pertengahan 2015?

Setiap pengeluar laptop berusaha sedaya upaya untuk mengeluarkan laptop yang paling nipis dan mungkin tiba satu masa akan ada sebuah laptop yang telalu nipis sehinggakan port USB biasa tidak boleh dimuatkan padanya. Inilah yang dilaporkan mengenai Macbook Air 12 inci baru yang dikatakan akan dilancarkan tahun hadapan.

MacBook Air 12 Inci

MacBook Air 12 Inci Pertengahan 2015?

9to5Mac melaporkan beberapa butiran mengenai laptop Macbook Air 12 inci yang dijangka akan dilancarkan tahun hadapan. Ini berikutan khabar angin yang mengatakan laptop nipis itu akan didatangkan dalam skema warna yang sama dengan peranti iOS.

Dijangka akan dilancarkan pertengahan 2015, Macbook Air 12 inci digambarkan sebagai mempunyai rekabentuk yang ketara lebih nipis dan akan memaksa Apple melengkapkannya dengan port USB jenis C yang akan dikeluarkan tidak lama lagi. Walaubagaimanapun ini akan menyebabkan pengguna terpaksa mendapatkan adapter, yang tidak disertakan dengan laptop itu, untuk menyambungkan peranti USB sedia ada, namun, kebaikan penggunaan USB jenis C melebihi keburukannya.

Salah satu kegunaan USB jenis C ini adalah untuk menghubungkan laptop tersebut dengan monitor yang serasi dengan DisplayPort. Fungsi ini disahkan oleh Video Electronics Standards Association (VESA) dalam satu kenyataan yang dibuatnya tidak lama dahulu yang memperincikan bagaimana Mod Alternatif DisplayPort ini akan dapat membantu memudahkan kerja.

Selain itu, laporan tersebut juga menyebut bahawa Apple sedang membangunkan cara berbeza untuk mengecas peranti tersebut bagi menggantikan sistem MagSafe yang diminati ramai, namun tidak memberi sebarang butiran mengenainya. Difahamkan juga Macbook Air terbaru ini akan beroperasi tanpa kipas bagi menjimatkan ruang. Ini akan membolehkannya beroperasi dengan lebih senyap.

Akhir sekali, ia juga dikatakan akan didatangkan dengan skrin Retina dan bingkai skrin yang lebih nipis seakan Macbook Pro. Speakernya juga akan diletakkan di bahagian atas keyboard berbanding di bahagian tepi seperti laptop sedia ada.

The post MacBook Air 12 Inci Pertengahan 2015? appeared first on TechKini.com.

Nota: