Crescent Bay : Versi Terbaru Oculus Rift

Oculus Rift telah memperlihatkan versi terbaru peranti realiti maya keluarannya dipangil Crescent Bay. Prototaip terbaru peranti tersebut diperkenalkan dalam acara pembangun Oculus Connect 2014 memperlihatkan beberapa pembaharuan dan ciri-ciri baru.

Oculus Rift Crescent Bay front-580-90

Crescent Bay : Versi Terbaru Oculus Rift

Oculus Rift telah melancarkan prototaip terbaru peranti realiti maya (VR) keluarannya yang dipanggil Crescent Bay yang dilengkapi beberapa ciri terbaru. Paling menonjol ialah ia dilengkapi headphone terpasang padanya berbanding versi sebelum ini yang memerlukan headphone berasingan. Walaupun ia hanya satu opsyen, ia adalah satu langkah yang positif dalam menghasilkan peranti VR dengan pengalaman VR  yang lengkap.

Ia juga mempunyai pengesanan kepala 360 darjah serta pengesanan posisi yang diperbesarkan. Walaupun tidak banyak didedahkan mengenai spesifikasinya, ia dilengkapi dengan teknologi skrin yang lebih baik dan rekabentuk yang lebih ergonomic dari versi sebelumnya bagi keselesaan pengguna.

Oculus Rift Crescent Bay prototype side-578-80

Oculus mendakwa Crescent Bay dapat mencapai tahap realism yang tidak mampu dicapai oleh prototaip sebelum ini yang dipanggil DK2. Ia mempunyai visual yang lebih baik dan diperhalusi. Penambahbaikan pada kesan bunyi dan pengesanan kedudukan memberikan pengalaman imersif, membolehkan pemain mengalami tahap realism 3D yang terbaik.

Ia tidak berhenti setakat itu sahaja, malah syarikat itu mengumumkan ia sedang membangunkan perisian dan perkakasan yang membolehkan pembangun menghasilkan audio Oculus berkualiti tinggi, sekaligus menekankan betapa pentingnya audio 3D berkualiti dalam pembangunan peranti itu. Bagi tujuan ini, Oculus juga telah melesenkan audio daripada RealSpace3D.

Oculus Rift Crescent Bay back-580-90

Oculus juga telah mengadakan kerjasama dengan Unity di mana ia akan menyediakan tools untuk pembangun menghasilkan permainan video yang dibuat khas untuk platform Oculus Rift.

Sungguhpun demikian, Oculus menekankan bahawa peranti Oculus Rift masih mempunyai perjalanan pembangunan yang jauh sebelum ia dilancarkan bagi pihak pengguna.

The post Crescent Bay : Versi Terbaru Oculus Rift appeared first on TechKini.com.

Nota: