Nvidia Memperkenalkan GeForce GTX 980 dan 970

Nvidia teleh memperkenalkan kelompok pertama kad grafik berprestasi tinggi GeForce GTX 980 dan 970 yang memanafaatkan senibina Maxwell yang efisyen tenaga dan direka khas dengan meletakkan realliti maya sebagai satu fungsi utamanya.

GeForce GTX 980 dan 970

GeForce GTX 980 dan 970

Nvidia Memperkenalkan GeForce GTX 980 dan 970

Nvidia memperkenalkan kelompok pertama kad grafik berprestasi tingginya iaitu GeForce GTX 980 dan 970 yang lebih efisyen tenaga dan direka khas untuk realiti maya hasil penggunaan seinibina Maxwell.

Apa yang membuatkan kad grafik ini istimewa ialah teknologi anti-aliasing baru dipanggil  Multi-Frame Sampled Anti-Aliasing yang boleh menghasilkan multi-pensampelan imej 4x pada kelajuan 2x MSAA. Digabungkan dengan kebolehan untuk menghailkan imej 4K dan mengecilkannya ke resolusi native, bermakna ia akan menghasilkan imej yang lebih lancar dalam masa yang lebih pantas.

Kedua-dua GPU ini juga direka khas untuk realiti maya yang menurut Nvidia, boleh menghasilkan imej dengan kejelasan di luar jangkaan pada platform PC dan realiti maya.

Turut disertakan dengan GPU tersebut adalah satu SDK dipanggil VR Direct yang digunakan untuk menjalankan permainan video pada kadar bingkai yang tinggi dengan latensi yang rendah. SDK ini menyokong gogel VR terkini seperti Oculus Rift bagi membangunkan permainan video padanya.

Pembangun boleh menggunakan SLI untuk menetapkan berbilang GPU kepada paparan setiap mata dan fungsi dipanggil Asynchronous Warp mengurangkan latensi sebanyak 50%.  Ia serasi dengan pelbagai jenis headset VR, tetapi ia juga membenarkan permainan video dimainkan pada headset yang pada asalnya tidak direka untuk pengalaman VR yang memendalam.

Harganya dijangka ditetapkan pada USD549 untuk model GTX 980 dan USD 329 untuk model 970 dan telah mula dipasarkan sekarang.

The post Nvidia Memperkenalkan GeForce GTX 980 dan 970 appeared first on TechKini.com.

Nota: