Xbook One Berharga USD1500

Selama beberapa tahun yang lalu, pengubahsuai perkakasan, telah membina beberapa laptop “Xbook 360″, setiap satu berharga USD 1000 dan apabila Xbox One dilancarkan, para peminatnya tertanya-tanya samada beliau boleh membuat versi mudahalih konsol tersebut pula.

xbook-one-xbox-one-laptop-1-800x420

Memperkenalkan Xbook One.

xbook-one-xbox-one-laptop-1-800x420

Xbook One Berharga USD1500

Seorang pengubahsuai perkakasan elektronik telah berjaya membina Xbook One, iaitu satu versi Xbox mudah alih yang dibinanya sendiri. Ini adalah hasil perminataan para peminatnya yang takjub dengan hasil kerjanya menghasilkan Xbook 360 (Xbox 360 mudahalih) sebelum ini.

Xbook One terdiri dari skrin LED 22-inci Vizio 1080p pemacu cakera optik slot yang menghadap ke hadapan dan komponen-komponen yang dicetak secara 3D. Zarick menegaskan bahawa tidak ada sebarang modifikasi dibuat kepada unit Xbox one itu sendiri kerana itu akan membatalkan jaminan/waranti produknya. Konsol mudahalih ini juga berfungsi dengan sensor Kinect.

Beliau menerima tempahan untuk membuat konsol ini, namun di mengharapkan deposit sebanyak USD750 yang tidak boleh dikembalikan. Jika anda membekalkan unit Xbox One, upahnya akan mencapai lebih USD1,100 termasuk penghantaran. Jika anda tidak mempunyai konsol Xbox One dan inginkan port HDMI, harganya akan melebihi USD1500.

Menurutnya, setiap unit yang ditempah mengambil masa dua hingga tiga minggu untuk disiapkan. Tidak pasti samada beliau mengambil tempahan dari Malaysia atau tidak, namun saya fikir tidak ramai yang mempunyai wang yang lebih untuk dibelanjakan untuk peralatan seperti ini.

The post Xbook One Berharga USD1500 appeared first on TechKini.com.

Nota: