Tempahan Moto X Baharu Akan Dimulakan

Sebuah laman blog melaporkan tempahan telefon pintar Moto X baharu akan bermula di US esok, termasuk dua jenis telefon pintar tersebut, Moto X untuk AT&T dan Moto X yang tidak dikaitkan dengan telco berharga USD 500 yang didatangkan dengan versi asal Android.

new-moto-x-2014-review-578-80

new-moto-x-2014-review-578-80

Tempahan Moto X Baharu Akan Dimulakan

Motorola akan membuka tempahan untuk telefon pintar Moto X di US mulai esok di mana ia akan menampilkan versi untuk AT&T dan juga versi “unlocked” yang menjalankan versi asal Android. Lebih menarik lagi, jam tangan Moto 460 yang habis dijual sekelip mata selepas dilancarkan akan turut dijual semula, walaupun dalam stok yang terhad.

Kedua-dua versi telefon pintar itu, termasuk Moto 360 akan dipasarkan di laman web Motorola bermula pukul 11pagi watktu tempatan. Namun tidak dinyatakan bila ia akan mula diedarkan kepada pelanggan setelah ditempah.

Selain telefon pintar dan jam tangan pintar itu, Motorola juga akan memasarkan Motorola Hint, yang merupakan headset Bluetooth dan Motorola Turbo Charger yang, menurut syarikat itu, boleh memberikan 8jam kuasa bateri dengan pengecasan hanya 15 minit.

Bagi pelanggan global pula, Motorola menjanjikan pengumuman kesediaan produk di seluruh dunia melalui rakan niaga tempatan tidak lama lagi.

The post Tempahan Moto X Baharu Akan Dimulakan appeared first on TechKini.com.

Nota: