Pakej Pelayaran Star Cruise Bersama Pak Nil

Fuh.

cruise paknil Pakej Pelayaran Star Cruise Bersama Pak Nil
cruise sonkran Pakej Pelayaran Star Cruise Bersama Pak Nil
cruise sonkran2 Pakej Pelayaran Star Cruise Bersama Pak Nil
cruise batik Pakej Pelayaran Star Cruise Bersama Pak Nil
cruise coklat Pakej Pelayaran Star Cruise Bersama Pak Nil
cruise underwater2 Pakej Pelayaran Star Cruise Bersama Pak Nil
cruise mahsuri Pakej Pelayaran Star Cruise Bersama Pak Nil
cruise underwater Pakej Pelayaran Star Cruise Bersama Pak Nil
cruise gamat Pakej Pelayaran Star Cruise Bersama Pak Nil
cruise patong Pakej Pelayaran Star Cruise Bersama Pak Nil
cruise patong beach Pakej Pelayaran Star Cruise Bersama Pak Nil
cruise sunset Pakej Pelayaran Star Cruise Bersama Pak Nil

My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Pakej Pelayaran Star Cruise Bersama Pak Nil | Penang – Langkawi – Phuket

Nampaknya semakin hari semakin popular pelayaran Star Cruise dikalangan kaki-kaki travel di seluruh dunia. Kali ini Dr Fuh nak cerita antara salah satu pengalaman yang tidak mungkin akan dilupan iaitu Dr Fuh sendiri berpeluang untuk melancong dengan menyertai pakej pelayaran Star Cruise. Tapi pelayaran ini bukanlah pelayaran yang biasa kerana ianya turut menampilkan pengacara nombor satu di Malaysia iaitu Pak Nil. Destinasi pelayaran 4 hari 3 malam ini bermula dari Pulau Pinang ke Langkawi ke Phuket kemudian balik semula ke Pulau Pinang.

Pakej ini dikenali sebagai Pakej Pelayaran Muslim Star Cruise, Pak Nil Bersama Peminat. Pakej anjuran Malaysian Harmony Tour & Travel Sdn Bhd ini cuma diadakan pada waktu-waktu tertentu sahaja. Bukan senang tau! Dengar cerita bulan 11 ni bakal diadakan lagi satu pakej pelayaran bersama Pak Nil, tapi lokasinya sedikit berbeza. Untuk maklumat lanjut bolehlah hubungi terus MHTT Sdn Bhd.

cruise paknil Pakej Pelayaran Star Cruise Bersama Pak Nil

Walaupun dalam masa cuma 4 hari 3 malam, terlalu banyak pengalaman dan cerita-cerita menarik sepanjang mengikuti pakej pelayaran ini. Makanan? Memang tak dapat dinafikan semuanya sedap-sedap belaka. Oh ya, untuk pakej Muslim ini makanan yang disediakan ditanggung halal dan mendapat kelulusan daripada pihak JAKIM sendiri. Penginapan yang selesa serta keperluan yang lengkap disediakan oleh pihak Star Cruise sangat tidak menghampakan.

Apa yang lebih menarik ialah kami yang mengikuti pakej pelayaran bersama Pak Nil ni bagaikan satu keluarga. Banyak aktiviti bersama yang dijalankan di atas Cruise semasa pelayaran. Antaranya pada hari pertama yang mungkin kita rakyat Malaysia jarang dengar ialah pesta Songkran. Kebetulan tarikh pelayaran hampir sama dengan tarikh pesta songkaran (pesta sambutan tahun baru Thailand) jadi sambutan tersebut telah diadakan di atas kapal. Memang sangat meriah! Songkran ini juga lebih dikenali sebagai pesta air.

cruise sonkran Pakej Pelayaran Star Cruise Bersama Pak Nil

Meriah dan ceria ketika pesta Songkran ini diadakan

cruise sonkran2 Pakej Pelayaran Star Cruise Bersama Pak Nil

Pesta Songkran

Selain itu, turut diadakan Gala Dinner yang mana para pelancong berpeluang menikmati makan malam bersama VVIP termasuklah kapten kapal dan juga bersama Pak Nil sendiri. Mungkin menjadi malam yang tidak akan diluoankan sepanjang diatas cruise adalah semasa dinner bufet coklat dengan tema pakaian kain batik dan kain pelikat. Sungguh happening dimana Pak Nil mengendalikan beberapa aktiviti melibatkan peminat-peminatnya seperti bola beracun dan aktiviti bertukar-tukar hadiah.

cruise batik Pakej Pelayaran Star Cruise Bersama Pak Nil cruise coklat Pakej Pelayaran Star Cruise Bersama Pak Nil

Kemudahan-kemudahan yang lengkap seperti Jacuzzi, swimming pool, gymnasium, basketball, golf dan banyak lagi membuatkan para penumpang tidak bosan ketika berada di dalam Cruise tersebut.

Pulau Langkawi Permata Kedah

Pulang Langkawi dianggap sebagai syurga membeli-belah kepada kaki-kaki shopping terutamanya bagi kaum wanita. Di sini pelbagai barangan berjenama termasuklah makanan seperti coklat ditawarkan dengan harga yang sangat renda kerana bebas dari cukai.

Pada hari ke-2 pelayaran Star Cruise bersama Pak Nil ini, Langkawi menjadi tempat persinggahan pertama para pelancong. Semasa di Langkawi, beberapa tempat menarik telah dikunjungi seperti Makam Mahsuri, Dataran Helang, Underwater World dan tak lupa juga Billion Langkawi untuk membeli belah. Sudah semestinya ramai dikalangan peserta yang membeli Coklat di sana kerana harganya sangat murah berbanding beli di luar Langkawi.

cruise underwater2 Pakej Pelayaran Star Cruise Bersama Pak Nil

Antara hidupan laut unik yang terdapat di Underwater World Langkawi

cruise mahsuri Pakej Pelayaran Star Cruise Bersama Pak Nil

Sedikit info dan sejarah mengenai Rumah Mahsuri

cruise underwater Pakej Pelayaran Star Cruise Bersama Pak Nil

Ikan Nemo di Underwater World Langkawi

Tempat wajib dilawati juga tidak dilupakan di Langkawi ini iaitu tempat pemprosesan minyak gamat, minyak yang sangat terkenal di Pulau Langkawi dan di seluruh Malaysia. Di Nusantara Minyak Gamat bermacam-macam produk berasaskan gamat dihasilkan sebagai produk kesihatan dan kecantikan. Bertapa besarnya ciptaan Allah, hanya dengan sejenis spesis gamat dapat menghasilkan berpuluh-puluh jenis penawar.

cruise gamat Pakej Pelayaran Star Cruise Bersama Pak Nil

Penulis bersama rakan media sempat bergambar di tugu minyak gamat di Langkawi

Phuket: Land Of Smile

Hari ketiga merupakan satu pengalaman yang tidak akan dilupakan apabila kami dibawa ke tempat percutian yang sangat menarik di Thailand iaitu Phuket yang diberi jolokan Land Of Smile. Sebelum menjelajah ke pelusuk Pulau Phuket ini kami dibawa untuk membeli pakaian dan souvenir di T-Shirt Outlets. Disini merupakan outlets termurah di Phuket jika anda mahu memborong pakaian yang sangat banyak pilihan corak. Disini juga terdapat T-Shirt Hard Rock Cafe : Phuket.

Kemudia kami dibawa ke Jungceylon yang mana ianya berhampiran dengan Patong Beach. Jadi kami tidak melepaskan peluang untuk ke Pulau Patong. Permandangan yang mendamaikan serta angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan kami leka bersiar-siar disitu.

cruise patong Pakej Pelayaran Star Cruise Bersama Pak Nil cruise patong beach Pakej Pelayaran Star Cruise Bersama Pak Nil

Di sekitar Jungceylon juga terdapat banyak cenderahati yang murah-murah serta terdapat banyak tempat tukaran wang. Kami berkesempatan membeli beberapa cenderahati untuk dibawa pulang. Sepanjang perjalanan Dr Fuh di Thailand, ada satu tarikan yang tak dapat dilupakan iaitu sepanjang jalan terdapat wayarr elektrik yang sangat banyak jauh lebih banyak jika hendak dibandingkan dengan Malaysia. Wayar apa lah tu ye.

Ulasan Penulis

Pelayaran bersama Pak Nil ini merupakan satu pengalaman yang pastinya akan terpahat dihati sanubari Dr Fuh. Pelbagai aktiviti yang sangat menarik dan tidak pernah dilakukan oleh Dr Fuh disediakan oleh pihak penganjur.

cruise sunset Pakej Pelayaran Star Cruise Bersama Pak Nil

Ps- Sebenarnya banyak lagi pakej-pakej pelayaran yang sangat menarik dan akan membuatkan anda teruja. Pakej pelayaran bersama Pak Nil pon akan diadakan lagi. Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi:

Malaysian Harmony Tour & Travel Sdn Bhd
www.malaysianharmony.com.my
Tel:- 03-21429266
Fax:-03-21489767

Selamat belayar semua!!

If you enjoyed this post, you should read this: Event

Pakej Pelayaran Star Cruise Bersama Pak Nil
Dr Fuh

Nota: