Apple dijangka akan memperlihatkan jam tangan pintar daripada mereka pada 10 September ini, sebelum mula menjualnya bermula tahun hadapan. Beberapa info sedia tertiris, dan hari ini WSJ melaporkan yang mana jam tangan pintar tersebut turut akan hadir dalam dua pilihan saiz.
Kedua-duanya dijangka akan menyertakan skrin melengkung, disamping pada masa yang sama dilengkapi dengan sensor untuk memantau aktiviti kecergasan dan juga kesihatan.
Disamping itu, jam tangan pintar tersebut juga dikatakan boleh digunakan untuk membuat pembayaran, dan untuk tujuan tersebut, Apple akan melengkapkan peranti tersebut dengan sokongan NFC.
Desas-desus mengenai sokongan pembayaran melalui telefon pintar iPhone telah sedia dikatakan, dimana ia akan membolehkan pengguna membuat pembayaran untuk perkhidmatan dan barangan menggunakan kad kredit melalui iTunes.
Apa pun, segalanya akan terjawab secara rasminya pada minggu hadapan.