AMD hari ini secara rasminya mengumumkan kerjasama dengan OCZ Storage Solutions (salah satu syarikat dibawah Toshiba Group), dimana hasi kerjasama ini, AMD akan mula menawarkan SSD (Solid State Drives) yang dijenamakan dibawah jenama AMD Radeon.
Seperti kebanyakkan produk AMD, SSD ini turut disasarkan kepada mereka yang aktif dalam dunia permainan, dimana ia bakal menawarkan sistem yang lebih responsif dan pantas berbanding penggunaan HDD biasa.
AMD Radeon R7 SSD hadir dengan sokongan ketahanan menulis sehingga 30GB/day, disamping membawakan kelajuan menulis dan membaca pada kadar 550MB/s dan 530MB/s.
Untuk fasa pengenalan ini, sebanyak tiga variasi saiz storan ditawarkan, iaitu pada saiz 120GB, 240GB, dan juga 480GB. Harga jualan tempatan masih tidak diketahui lagi buat masa ini, tetapi di luar negara ia dijual pada harga bermula $99 untuk versi 120GB.